Friday, March 31, 2006

The Fast N The Furious 3

Antara babak dalam Movie nih


The Fast and The Furious 3.Kali nih movie nih akan cite pasal Driffting zaman Drag dah kurang sekarang nih tunggu la kemunculan Movie nih kat pawagam Klik sini go to Movie Trailer

Tuesday, March 28, 2006

Kuala Lumpur In Memory



Tempat Shoping paling Best Petaling Street

Balai Polis Bukit Aman Suatu ketika Dahulu

Dataran Merdeka Suatu ketika Dahulu

Kuala Lumpur Ibu Negara Malaysia Kota Metropolitan yang menempatkan ramai umat manusia yang Makin Maju Makin Mundur

Makin Maju Makin Mundur


Dunia tanpa batasan dunia langit pun dah terbuka so takan tak insaf lagi.Apa yang dapat korang tengok sekarang nih makin maju dunia makin mundur kita punya tamadun agaknya dari aku punye pandangan sebab banyak jenayah perang belaku sekarang masing-masing nak tunjuk kuat nak tunjuk best macam belumba-lumba nak menang aper yang dikejar kekayaan yaaa kekayaan yang memang tak penah abis segala hasil dunia nak disedut oleh kuasa besar.Tak puas dengan apa yang ada aku sendiri pun tak puas dengan apa yang aku ada.Dengan tidak cukupnya kepuasan itu maka ramai rakyat manusia menjadi tamak menjadi Makin Maju Tapi Makin Mundur.

Thursday, March 23, 2006

Aiman Tak Kisah



Aiman tak kisah...

Apabila menyebut nama Aiman, timbul pertanyaan siapa pemilik nama itu? Apa bakat
istimewanya Aiman hingga mahu dikongsi di ruangan ini?
NAMUN apabila mendengar dialog di bawah, diluahkan dengan penuh perasaan dan
menyentuh hati di radio Era atau Sinar FM, suara itu tentu dekat di hati anda.

BAKAT CILIK: Gaya Aiman
ketika rakaman suara latar
untuk iklan khidmat
masyarakat terbitan
AMP Radio Networks.

"Aiman ada kawan... Nama dia Arif... Umur lima tahun macam Aiman jugak... tapi dia
kecik jer.. Aiman tak kisah... Kalau main-main, Arif cepat letih... dia jalan
lambat-lambat... Aiman selalu pimpin tangan Arif... Aiman tak kisah...

"Arif sakit... dia HIV pos... (dia membetulkan sebutan) HIV Positif... Bila dia tak
sihat, Aiman teman Arif baca buku kat rumah... Aiman tak kisah..."

Itu antara bait dialog yang membuat ramai tertanya siapa pemilik suara ini. Bakal
berusia 8 tahun, Oktober ini, Aiman bertuah kerana dikurniakan bakat yang hebat.
Aiman atau nama penuhnya, Aiman Hakim Badrul mula membabitkan diri dalam bidang
pengiklanan radio, dua tahun yang lalu ketika berusia empat tahun.
Ketika itu, dia datang menemani sepupunya, Dayang Intan Farahiyah untuk merakamkan
iklan pesanan khidmat masyarakat.
"Ketika merakamkan iklan sempena Hari Ibu bertajuk Peluang itu, saya mendapat idea
untuk menyelitkan sebaris ayat untuk dilakonkan Aiman. Bermula dari situ saya
melihat potensi Aiman sebagai bakat suara latar untuk iklan," kata Pengurus
Publisiti AMP Radio Networks, Badrul Hisham.
Iklan AMP Radio Networks itu berjaya memenangi tiga anugerah pada acara Anugerah
Pengiklanan Radio pertama, AIR Awards 2004. Ia turut menggondol satu lagi anugerah
pengiklanan berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Kancil 2004.
Hasil pembabitan pertama, Aiman terus mengorak langkah. Walaupun masih belum selesa
sebagai pengantara kepada iklan pelanggan, Aiman menjadi suara utama kepada iklan
pesanan khidmat masyarakat untuk Hari Raya Aidilfitri bertajuk Selamat Pulang.
Iklan itu juga memberi impak yang besar kepada pendengar, sehingga membolehkan AMP
Radio Networks sekali lagi mencapai kemenangan yang besar di Anugerah AIR Awards
2005.
Iklan Selamat Pulang merangkul satu anugerah perak dan dua gangsa. Iklan itu turut
menerima Anugerah Penghargaan di Anugerah Kancil 2005 dan MC2 Awards 2005.
Aiman yang petah bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengakui dia menyukai
pembabitan dalam iklan khidmat masyarakat ini.

"Aiman dapat duit bila buat iklan. Boleh beli mainan yang Aiman suka dan selebihnya
simpan dalam bank," katanya riang.

Kini suara Aiman turut digunakan untuk iklan seperti Sabun Pencuci Downy 4X, Real
Potato Chips, beg sekolah Masster dan beberapa lagi.
Terbaru, Aiman menjadi suara utama pesanan khidmat masyarakat untuk penghidap Aids,
Aiman Tak Kisah untuk siaran Era dan Sinar FM.



BIODATA:

NAMA PENUH : Aiman Hakim Badrul
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1999
ASAL : Puchong, Selangor
ADIK BERADIK: Anak sulung dari dua beradik
CITA-CITA : Angkasawan

Berapa Lama Hidup DiDunia

Baru nih ader terima email dari kawan aku die anta email yang aku nak share ngan korang sebab memang best mender memang orang yang buat nih power dalam Excel Work sheet so korang just Download kat Bawah yang aku bagi tuh bagi yang dah tengok aper lagi kutuk ler

Wednesday, March 22, 2006

Lipat Lepat Initial D

Lipat Lepat Initial D
Sesaper nak lipat lepat Initial D Klik gambar then print Ejoy korang nyer model

Interior Satria SRM


Satria SRM Interior Nampak serupa macam GEN2 gambar agak Tidak clear sebab shoot dari luar cermin tapi nampak cam ok jerkkk hermmmmmmm kutuk ler aper lagik

Thursday, March 16, 2006

Satria SRM Replacement of Satria




Ni Gambar aku kidnap dari satu blog cite pasal kereta. Nih Satria SRM name nyer tapi tak tau ler model akan kuar ker tak kat Malaysia.Aku tampal gambar nih kat sini sebab aku ader jumper kereta nih mase aku on the way nak Ke Rompin Pahang Darul Makmur Model nih Telah Memotong Kereta yang aku bawak pada tarikh aku tampal gambar nih. Agak-agak kerata nih cun tak ahaksss

Wednesday, March 15, 2006

Skala Enzo Crash


Ini Adalah skala Enzo Crash kalau dilihat daripada skala tersebut lebeh dari satu padang bola kereta nih melayang gila ahhh camner agaknye driver tuh hehhehe

Tuesday, March 14, 2006

1 million Cars Crash[Ferrari Enzo]




Ringkasan::
Sebuah Ferrari Enzo belanggar di Malibu, California lebuhraya pantai pasifik pada pukul 6:08 pagi pada 21 Februari 2006.
Pemilik kereta adalah Stefan Erikssen, Seorang eksekutif yang berumur 44 tahun.
Para penyiasat mendakwa mereka telah berlumba dengan sebuah Mercedes SLR * polis menganggarkan bahawa kereta ini telah melebihi had minima 100 MPH sehingga 200 MPH apabila nahas berlaku dan ketika nahas belaku pada kelajuan 162MPH
So
PANDU DENGAN CERMAT INGAT YANG TESAYANG

Thursday, March 09, 2006

Tuan Rumah Sukma Since 1986-2006

Negeri selaku tuan rumah SUKAN MALAYSIA

SUKMA

TAHUN

NEGERI

I

1986

KUALA LUMPUR

II

1988

KUALA LUMPUR

III

1990

SELANGOR

IV

1992

JOHOR

V

1994

PERAK

VI

1996

PAHANG

VII

1998

SELANGOR

VIII

2000

PULAU PINANG

IX

2002

SABAH

X

2004

NEGERI SEMBILAN

XI

2006

KEDAH

26 Mei – 4 Jun 2006

Sukma 2006 [26 Mei - 4 June]

Cadangan menganjurkan SUKAN MALAYSIA telah dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1984. Pada mulanya SUKAN MALAYSIA telah dicadangkan supaya diadakan pada 15hb Ogos - 2hb September 1985 dengan melibatkan enam (6) jenis sukan sahaja iaitu olahraga, tenis, bola tampar, lumba basikal, ping-pong dan sepak takraw.

Cadangan ini telah menarik perhatian berbagai pihak dan satu cadangan balas telah dikemukakan. Cadangan baru ini melibatkan lebih banyak sukan serta penglibatan pihak swasta dalam usaha mengumpulkan kewangan yang cukup. Cadangan ini kemudian telah dikemukakan kepada Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara yang mengambil keputusan untuk menganjurkan SUKAN MALAYSIA pada tahun 1986. Keputusan juga diambil bahawa konsep 'Malaysian Incorporated' dipakai sambil mengambilkira tentang peraturan-peraturan sukan amatur.

Sukan Malaysia merupakan temasya sukan yang dikelolakan setiap dua(2) tahun sekali berselang-seli dengan Sukan SEA. Ia disertai oleh 18 buah kontinjen terdiri daripada 15 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Di samping itu atas persetujuan kabinet, Negara Brunei Darulsalam turut di undang mengambil bahagian sebagai kontinjen jemputan.

SUKAN MALAYSIA kini lebih dikenali sebagai SUKMA.

SUKAN MALAYSIA dari segi prinsipnya dikelolakan secara bergilir-gilir di kalangan negeri-negeri, bagaimanapun SUKMA I dan SUKMA II dikelolakan sendiri oleh Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur.

Wednesday, March 08, 2006

THE LEGEND OF CIGARATTES







I am Peter Stuyvesant
I have two friends, Benson and Hedges
I came from the city of Malrboro,
In the Salem high country
I Always carry a MildSeven
I rode on a White Horse
Going to Kingsway in Kent
It was Lucky Strike I fell in love
With the daughter of Master Duke
Her name Was YSL
We got married by Perillys, the priest
We checked in at the house of Dunhill
And booked into room number 555
I laid her on the bad made of Gold Leaf
I played with her two Matterhorns
When I poked in my Rothmans King Size
She cried in delight, "You are a Rough Rider!!!"
You are riding like a mad Camel
When I asked her if she is satisfied
She answered" I want MORE!!!!"

Tuesday, March 07, 2006

Real Toyol From Pekan Pahang

Gambar toyol yang di ambil dari seorang Pak cik yang berada di Pekan Pahang Darul Makmur atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long oleh penduduk setempat.

Hanya Allah Yang Maha Kuasa Kita Manusia Hanya Beserah Kepada Nya.

Monday, March 06, 2006

Demam Bola Akan Melanda Dunia


Worldcup 2006 tidak lama lagi akan muncul dikaca Tv pada bulan June ini.Ramai ler kaki-kaki bola tak dapat tido atau tak dapat gi keje kerana nak tengok team favorite main.Aku pun sama rasa tak sabar menantikan kehadiran worldcup nih yang hanya 4 tahun sekali event nih diadakan.Menemukan pasukan-pasukan handalan dari seluruh dunia.Tahun 2006 ni Jerman menjadi tuan rumah bagi event nih aku rasa mesti best gila tengok pasukan-pasukan yang bertanding nanti.Sama-sama la kita tengok kemunculan Worldcup 2006 ni nanti mesti pasukan yang bertanding kebanyakan menghantar senarai pemain-pemain baru dalam pasukan mereka.32 pasukan akan bertanding dalam event besar tuh nanti.Pasukan same macam dalam gambar nih.

Demam Bola Melanda Dunia

Sunday, March 05, 2006

Kuantan Dulu Kini Dan Selamanya

Perkampungan Teruntum merupakan tempat Perumahan Kerajaan ketika dahuluSekarang Perumahan kerajan telah tiada.Cuma Kompleks Teruntum yang merupakan Shooping Kompleks pertama di Kuantan


Balai Polis Kuantan dahulu

Balai Polis Kuantan Sekarang


Rumah Dato Wong Ah Jang ketika itu tiada pembangunan dapat dilihat disekitarnya

Sekarang kita semua mungkin tidak perasan pada Rumah Dato' Wong Ah Jang kerana pembangunan


Permandangan di perhentian Bas Bandar dikuantan suatu ketika dahulu

Permandangan Benteng ketika ini banyak pembaharuan yang dapat dilihat

Kuantan Bandar Palma.Semua gambar diambil dari Forum kolej Shahputra